Wednesday 3 July 2013

ZAMAN SILAM ~~(0-0)~~

Kembali ke Zaman Silam 

Assalamualaikum .. 
Hai korang, lama fara tak hupdate belog ni . Nak kata busy, tak lah sangat . Nak kata malas , ya kot. Hahaha, bukan apa nak cari mood untuk menulis ni pun payah jugak. Tapi ni dah excited nak cerita kat korang, tak caya ? Tengok gamba ni keyh ! haha ..







 By d way , fara ada satu cerita yang nak kongsi ngan korang. 

Korang ada Kisah SILAM ? Tipu lah kalau korang tak der kisah silam korang kan ? Ofc la semua ada kan kan kan ! Setiap benda yang lepas kita panggil ianya adalah sejarah . Bercakap pasal sejarah ni , banyak sebenarnya . Tak semua benda baik dan tak semua benda buruk . Tapi apa yang penting , yang buruk tu jangan kita kenang! Semua orang pernah buat silapkan , takde pun yang akan terlepas dari buat silap .. Yang penting kita ada niat untuk berubah , itu paling penting . Hah, yang baik pulak ! Ofc lah kita jadikannya pedoman . Bila kita kenang yang baik ni, sebenarnya tak lah banyak sangat (Aicehhcehh). So, sekarang ni lah kita kena perbanyakkan .

Fara bukan nak cakap pasal cinta , pasal family , ato pasal kawan . Tapi , sesuatu yang korag sendiri takut sangat bila dengar perkataan ni . Sure sangat semua orang takut bila bicara tentangnya . Iaitu DOSA ! 

Dosa adalah sesuatu kesalahan yang kita semua takkan terlepas . Fara cuma terkenang pada masa silam , yang gelap. Yang membuat rasa penyesalan itu menebal. Sedih bila kenangkan. Dosa dengan Allah s.w.t , dosa dengan manusia . Yang mana kita tak tahu sama ada kita sengaja atau tidak . Adakah kita mahu kembali ke masa silam ? Untuk apa ? Untuk memperbaiki kesilapan masa silam? Atau dengan kata erti lain mengubah sejarah? Tak mungkin ! Sebab itu wujudnya kata-kata ini " Menyesal dahulu pendapatan , Menyesal kemudian kerugian . Daripada menyesal tak sudah , lebih baik kita ubah agar menghadapi hidup baru dengan lebih baik. Apa yang terjadi, sudah pun terjadi 

Dengan pengetahuan yang kita ada sekarang , dan dengan penyesalan yang kita ada sekarang apakah kita mampu mengubahnya seandainya kita kembali ke masa silam ? Pada firasat Fara yang kerdil dan hina ini , TIDAK . Kerana keadaan masa lalu tidak akan pernah berubah . Keadaannya tetap sama . Jalan yang benarnya hanya lah satu , iaitu TAUBAT. Ini adalah jalan yang benar . Kita sama-sama berusah memperbaiki diri atas kesalahan lalu . Agar kita sentiasa melangkah ke jalan yang baru dengan penuh keredhaanNya .. 

 Secebis kata-kata sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak , selamat berpusa korang ! In shaa allah di bulan yang mulia ini kita akan terus penuhi dengan amalan yang baik . Terima kasih jugak kerana setia mebaca entri fara (^_~)